My Story My life

Catatan Popular

Jumaat, 13 Februari 2015

Assalamualaikum Cinta Abadi

Assalamualaiku..
Tarikh : 14.02.2015
  Hari ini 14.02.2015 adalah tarikh yang amat bermakna tetapi sebelum tibanya tarikh bahagia ini tiba-tiba awak berubah.. Dulu masa kita genap setahun awak cakap awak nak kita lalui hari-hari bahagia sebelum tibanya 14.02.2015 tapi ia tidak berlaku sebab awak berubah, awak lupa janji-janji yang pernah awak lafazkan pada saya. Awak abaikan saya sedangkan awak pernah berjanji yang awak tidak akan pernah mengabaikan saya walaupun sesibuk mana sekalipun awak.

Awak nak tahu tak? masa awak abaikan saya itu.. saya sunyi, terasa diri saya ini kosong.. sebenarnya saya menyesal menyuruh awak kerja dulu sebab saya tidak menyangka yang awak akan mengabaikan saya. saya ingatkan walaupun awak sibuk awak tidak akan pernah abaikan saya disebabkan itulah antara janji-janji yang pernah awak lafazkan.. Disebabkan janji awak itu jugalah saya merelakan awak kerja walaupun hati saya susah untuk merelakan awak bekerja.. saya tahu awak hendak bantu keluarga awak, saya tidak halang niat murni awak itu malah saya berbangga dengan awak sebab awak boleh bantu keluarga awak dan awak boleh berdikari. Saya sangat berbangga dengan awak tapi selepas awak abaikan saya segala janji-janji awak itu sering menghantui saya sehinggakan saya sudah tidak boleh mempercayai awak lagi tetapi saya tetap percayakan awak..
Kalau awak boleh dengar jeritan suara hati saya ini awak akan tahu apa yang hati saya berkata-kata. hati saya dan diri saya perlukan awak tetapi awak sering abaikan saya, awak biarkan saya lalui semua kesengsaraan seorang diri sedangkan dulu awak cakap awak hendak temankan saya setiap hari dan lalui semua suka dan duka bersama-sama saya tetapi tidak sangkakan? saya sendiri yang lalui semua itu seorang diri tanpa ada awak disisi saya..

Sekarang saya tidak pasti adakah saya masih orang yang sama yang sering awak lafaz kata-kata cinta dulu itu.. saya rasa awak sudah buang saya, awak sudah buang saya jauh-jauh.. itu apa yang saya rasa.. dulu kawan-kawan saya pernah cakap saya bodoh sebab biarkan awak bahagia tanpa ada kesakitan sedangkan saya hari-hari dalam kesakitan tetapi saya bahagia. kawan-kawan saya tidak tahu yang kebahagian awak adalah kebahagian saya sebab itulah saya biarkan hati saya sakit.. saya tidak pernah fikirkan kebahagian saya dalam fikiran saya cuma fikirkan kebahagian awak saja..

semasa saya dimasukkan ke hospital, saya cari awak tetapi saya tidak menjumpai awak.. semasa saya sedang bertaruh nyawa awak tiada disisi saya.. selepas beberapa hari saya bertaruh nyawa alhamdulilah keadaan saya pulih tapi tidak sampai 50%.. dalam keadaan separuh sihat itu saya gagahkan diri untuk online wechat, saya tengok akaun wechat awak masa itu hanya tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa.. saya tengok gambar awak yang awak post itu masa awak sedang bergembira bersama kawan-kawan awak saya disini sedang bertaruh nyawa dihospital, saya cuba lawan sakit saya ini semata-mata saya hendak berbahagia dan bergembira dengan awak.. awak hendak tahu?? masa saya sedang bertaruh nyawa dalam fikiran saya tiada orang lain hanya awak saja yang ada dalam fikiran saya masa itu tapi pengorbanan saya itu tidak dapat mendatangkan apa-apa pada saya sebab bagi awak kawan-kawan awak lagi penting daripada saya..

masa awak baca blog saya ini awak jangan menangis ya.. saya tidak suke awak menangis kalau awak menangis saya akan menangis juga.. mungkin masa ini saya sedang bertaruh dengan sakit saya ini lagi sebab ubat saya sudah habis.. saya tidak mampu lagi nak beli ubat... bil-bil saya pun saya sudah tidak mampu untuk membayar.. badan saya juga sudah tidak mampu hendak tahan kesakitan saya lagi.. selama saya mengenali awak saya tidak pernah menyesal malah saya
bahagia mengenali awak.. kalau boleh saya hendak kembali ke masa lalu kita pada 14.02.2013 tapi saya sudah tidak mampu, saya sudah terlalu lemah untuk menanggung semua kesakitan itu kembali.. hati saya sudah lemah.. saya hanya mampu berserah pada illahi, kalau saya sudah tiada lagi satu hari nanti awak jaga diri ya? sebab saya sudah tidak mampu lagi untuk jaga awak.. saya tidak pernah tinggalkan awak, awak selalu ada dihati saya buat selama-lamanya..

kalau boleh saya hendak kita sama-sama capai pelangi indah yang kita impikan bersama tapi andai kata saya ditakdirkan untuk melihat pelangi itu daripada jauh saya redha.. mungkin itu yang terbaik untuk awak dan saya.. Dulu awak pernah cakap sayalah penyeri hidup awak setiap hari tapi saya rasa bukan saya tapi kawan - kawan awak.. Alhamdulillah awak sudah jumpa kawan-kawan awak yang selalu ceriakan hari-hari awak.. Dulu Saya selalu dengar suara awak setiap pagi, awak selalu kejutkan saya.. dan dulu jugalah ada saja wish good morning dan good nite dripd awk wlaupun sy xon9 awak tetapi wish.. dalam wish itu jugalah ada saja ayat awak yang mencuit hati saya yang boleh buat saya tersenyum dan ketawa tetapi sekarang saya sudah tidak dapat semua itu lagi tapi tidak mengapalah janji awak bahagia itu lagi penting..

Untuk tahun yang ke-2 perkenalan kita saya tidak tahu apa lagi harapan saya... cuma saya berharap awak bahagia itu saja.. kalau saya berharap agar awak selalu disisi saya.. saya rasa saya sudah tahu apa jawapanya.. awak memang tidak akan selalu ada disisi saya mesti awak akan sibuk dengan kerja awak nanti kalau awak sambung belajar mungkin awak akan lagi sibuk.. saya tidak mahu bersangka buruk dengan awak sebab saya takut apa yang saya sangkakan itu akan terjadi.. saya percayakan awak  tapi satu saja yang saya tidak akan percaya yang awak kata hendak memperisterikan saya tapi kalau betul awak hendak memperisterikan saya.. awak mesti buktikan.. saya akan tunggu awak sayang.. SESUNGGUHNYA CINTA KITA ADALAH BENAR. MAKA DIA MENGHADIAHKAN GARISAN-GARISAN PELANGI YANG CERIA, BUKAN MUDAH MENTARI SENJA MENGGARISKAN PELANGI TETAPI ALAM SEMASTA SENTIASA MENUNAIKAN JANJI.. BIAR MENDUNG MAHUPUN RIBUT TAUFAN, PELANGI TETAP DIHADIAHKAN..